Assalamualaikum
Sejak saya sendiri mengamalkan suplemen untuk membantu & maintain keadaan kesihatan saya, ade jugak kwn2 @ klien yang tanya, bukan ke vitamin2 semua ni boleh dapat dari makanan harian? kenapa nak amik suplemen pulak?
Tanpa kita sedar,zaman & keadaan persekitaran kita banyak dah berubah. Dulu ape yg atok & nenek kita makan kebanyakannya ditanam sendiri, dan mereka mmg lebih sukakan ulam2. Berbanding kita sekarang, sayur2an kebanyakannya telah dicemari racun serangga bagi memastikan kualiti sayur tu sendri nampak cantik, segar bugar kat supermarket @ pasar. Tu belum nak cerita lagi vitamin dlm sayur juga akan termusnah apabila dimasak. Bak kate org tua.."nak bagi anak mati ke makan sayur mentah?" sebab dalam pemahamam mereka, selagi x layu sayur tu, belum boleh dimakan ;) So apa pulak khasiat yg tinggal saat sayuran ini memasuki tubuh kita?? Hmm..same2 fikirkan...
ini memang berbeza kan berbanding diet orang Barat yg lebih sukakan salad dlm hidangan utama mereka. Potong2 sayur, bubuh olive oil+garam+blackpepper..siap!! hehe..xtau la ape rasenye, tapi cara Jamie Oliver (salah seorang chef dr UK yg saya suka) buat tu nmpk cam sedap je..
jadi, bila sebenarnya kita perlu ambil suplemen ni??
1. Suplemen diperlukan apabila berlaku perubahan supply/demand
-apabila bertambahnya keperluan bagi seseorang (cth: bagi ibu mengandung & menyusu), secara x langsung, makanan tambahan memang diperlukan. Ibu mengandung sbg contoh memang perlu ambil lebih kalori, zat besi, protein, kalsium dsb utk menampung keperluan bayi & diri sendiri untuk kesihatan yg optimum.
-kanak2 juga antara yang x terkecuali utk mengambil suplemen. Tubuh mereka yg sedang pesat membesar juga perlukan lebih banyak nutrisi utk otak (seperti DHA, EPA dsb), nutrisi utk membesar (seperti kalsium, protein dsb). kalau diperhatikan, kanak2 memang akan ade temujanji di klinik untuk memantau berat badan & tinggi mereka kn..ini semua utk elakkan masalah2 tumbesaran yg lain
-penyusutan zat sedia ada (cth: bagi wargaemas). Tatkala umur meningkat, tubuh juga akan mengalami kekurangan zat yg sedia ada dlm badan. Tulang mula kehilangan kalsium, Sendi & rawan mula menjadi haus, luka lambat sembuh akibat kekurangan vit C dan sebagainya. Ini belum termasuk lagi bg kes diabetes di mana pankreas turut mengalami kekurangan penghasilan insulin utk metabolisma gula (akan saya kupaskan di entry yg lain)
2. Apabila tubuh menunjukkan tanda2 kekurangan zat
-pernah x dengar org mengeluh:
badan cepat letih
mengah kalau berlari
kaki cepat cramp
najis x lawas
susah kencing/ berak dll?
-ini ade berkait dengan kekurangan nutrisi pd tubuh badan jugak. Kalau meter minyak pd kereta menunjukkan bila perlu diisi, badan kita juga menunjukkan tanda bila nutrisi ini perlu diberi perhatian
Itu belum nak cerita lagi bagi wanita yg sememangnya prihatin dengan kecantikan ;) eh..ade jerawat naik la, eh..muka makin kedut la, mata sembab, kulit kering, kulit kusam dsb..ini juga tanda2 kekurangan kolagen tau..so kne siap sedia utk topup ;)
Suplemen ni sebenarnya pilihan individu & sejauh mana kita prihatin dengan keperluan tubuh kita.
Kesihatan kita tanggungjawab kita kan :)
Wassalam
seorang doktor perubatan, mempunyai minat mendalam dalam bidang ibu & anak, wargaemas serta pencegahan penyakit. Kerana saya percaya kesihatan dapat diperoleh melalui pemakanan sihat & cara hidup sihat..as close to nature :)
Monday, 20 April 2015
Saturday, 18 April 2015
2 kids and counting :)
Assalamualaikum
tajuk mcm hebat je kan? hehe..saje ambik mood dari siri kegemaran sy sekarang. Suke sgt tengok telatah keluarga besar Michele & Jim Bob serta kesemua anak2 diorang.. bagaimana si ibu membesarkan anak2, mengajar tentang agama, kasih sayang, hormat menghormati, di samping masih dapat bermain dengan riang ria as kids!! Kagum betul camne la dgn ank seramai itu, ibu ini masih mampu tersenyum & sekalipun saya x pernah nampak die marah anak2 (huhu..xtahu la klu TV dh potong part die marah ke kan..) tapi mmg tgk sabar & positif sungguh Michele ni..dengan anak2 diajar sendiri di rumah (homeschooling), namun kesemuanya anaknya x keterlaluan klu saya katakan 'menjadi' :) pendek kata, memang suke la crite 19 KIDS & COUNTING ni!!!
Eh, sebenarnya nak reveal the good news yang saya kini sedang mengandungkan anak ke-3..Alhamdulillah :) syukur sgt Allah murahkan rezeki sy & suami utk menjaga seorang lagi amanah besar dari Allah s.w.t
Saat awal pregnant, mmg x dapat lari dari fasa loya, pening, sakit perut, badan rasa lemah dan kalau boleh rasa nak tido je sepanjang hari!!! Serius!!! Tapi mujurlah alahan saya x begitu teruk berbanding wanita lain. Masih boleh bekerja, cuma balik je mmg collapse..anak2 yg berdua ni pun dh x terlayan+kerap kne marah huhu...
Memasuki fasa 3 orang anak pasti lebih mencabar ;) dengan 2 orang pun dah rasa x cukup tangan, sudah tentu 3orang memerlukan lebih kekuatan, pengorbanan, kesabaran & paling penting doa kepada Allah s.w.t agar semuanya dipermudahkan..amin!! :)

Sunday, 12 April 2015
Kenapa ESP pilihan saya?
assalamualaikum..
dah siap2 kerja rumah, siap tidurkan anak, barulah dapat menikmati mommy time dengan tenang hehe :)
Nak cerita jugak tentang pengalaman ambil ESP shaklee..ESP ni singkatan dari Energizing Soy Protein, satu2 nya makanan tambahan protein berasakan soya non GMO yang melalui proses pembasuhan dengan AIR SAHAJA (sbb tu kandungan isoflavine dlm soya ini terpelihara) Bukan seperti mitos orang yg kate, soya boleh menyebabkan masalah hormon wanita, kanser dsb.. Klu soya biasa di pasaran, kebanyakannya adalah GMO (genetically modified) & dibasuh dengan alkohol, sebab tu ade direct link untuk menyebabkan kanser...Apepun, memang tanggungjawab kita pilih yg selamat kn ;)
mula saya ambil ESP ni adalah untuk kulit..maklum la kulit agak kurang elok kerana eczema, jadi saya ambil full set untuk kulit cantik :) bila start ambil ESP ni mula2 mcm susah jugak nk terima rasanya yg semulajadi ni (hehe...mungkin sbb dh biasa minum soya yg generally adalah manis ;) so rase mcm x sedap..tapi bila sy tambah susu segar@milo@horlick..mm,MEMANG SEDAP !!!
kesan awal saya dapat adalah kulit rasa lebih licin, sebab saya turut buat masker dengan ESP ni ;)
dan tanpa diduga, susu badan saya juga maintain walaupun saya dah x mengepam susu di kala umur anak saya dah menjangkau setahun setengah. Plan awal nk stopkn die BF sebenarnya sbb nak preggy balik, tapi Allah aturkan, susu pun meriah balik...seronok je die hisap ;)
so jom lihat fakta ESP..kenapa ia menjadi pilihan untuk kesihatan yang lebih baik
1. rendah glisemik (low GI) = 39
-berbanding minuman manis yang lain, kadar gula akan terus meningkat lepas kita ambil. Namun dengan kelebihan low GI ni, gula akan dilepaskan secara perlahan ke dalam badan, jadi ia membekalkan tenaga secara berterusan, mengawal nafsu makan & memberi rasa kenyang lebih lama. Sebab tu bagi ibu mengandung yang mengalami diabetes (GDM) @ pesakit diabetes sendriri amat sesuai amalkan ESP
2. membekalkan 9 asid amino yang diperlukan badan
-asid amino ni adalah asas utama (building blocks) of protein. Kebanyakan asid amino tidak dapat dihasilkan oleh badan & mesti diambil dari diet seharian. Namun, kebanyakan sumber protein seperti ayam, telur & daging, akan termusnah kandungan asid amino apabila dimasak pada suhu tinggi. So, kita rasa dah ambil protein yg cukup tetapi zatnya mungkin dah hilang. Asid amino ni penting sangat terutama bagi yang sudah berusia, ibu mengandung, ibu menyusu, atlit, pesakit yang baru pembedahan dan mereka yang memerlukan lebih protein atas sebab2 kesihatan yang lain :)
3. 1tin ESP ni ada 850g...dan ini dibuat dari 30kg kacang soya non GMO tadi. Haaa...cuba bayangkan benda seberat 30kg telah diproses secara teliti agar khasiatnya kekal terpelihara :) sebab tu memang halus je tekstur susu tepung ESP ni...
4. ESP rendah lemak, tiada kolesterol & tiada asid urik
-memang sesuai sgt bagi yang bermasalah berat badan @ ingin menurunkan berat badan :)
ok...nanti saya akan ceritakan pula khasiat dalam SEGELAS ESP!!! Yummy..segelas je pun banyak sangat khasiat !!

Thursday, 2 April 2015
Pump on the Go
Assalamualaikum..
Waktu rehat jumaat macamni mesti ramai wanita pergi shopping, jalan2 @ makan special skit kan?
hehe..rindu plk zaman macamtu..seminggu sekali to reward ourself kan? walaupun masa rehat jumaat ni dlm 2jam lebih je tapi mmg ni la masa yg paling best, tiada gangguan anak2, boleh buat girlie time & hangout with friends ;)
tapi sebenarnya nak cerita walaupun seronok jln2 mkn2 di hari jumaat ni, yang plg saya suka sbb waktu ni boleh mengepam susu dengan tenang & lama berbanding hari lain..xperlu rushing2 ;) sbb slalunya di hari lain yg masa rehat lebih kurang 1jam, nak mkn, nk solat, belum campur klu rehat lambat sbb pesakit ramai..huhu..agak stresful nak mengepam susu cepat2
kene ingat tau, disiplin dalam mengepam susu ni sgt2 penting utk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan..biar dpt sikit pun tapi teruskan juga demi si manja tersayang
1. Pastikan pam sekurang2 nya setiap 3-4jam sekali
-pada masa bayi masih kecil, hormon dlm badan kita memang menghasilkan susu dengan banyak. Ini kerana bayi HANYA MEMERLUKAN SUSU IBU SAHAJA di awal 6bulan usianya..jadi, bila kita pam dgn konsisten, masa inilah paling bagus nak buat stok..susu meriah!!! insyaAllah :)
-saya sendiri pam setiap 3jam walaupun sedang melihat pesakit. Di awal pagi, anak saya akhir menyusu dlm jam 7pagi macamtu..so jam 10pg, saya akan terus pam. Bertuah kerana memiliki medela freestyle, saya blh mengepam sambil bekerja..Alhamdulliah!!
kemudian jam1 tengahari semasa waktu rehat adalah sesi ke2 pengepaman saya. Diikuti jam 430+ mcmtu..slalunya pesakit dah x ramai di klinik, so blh pegi pam dengan cara biasa. Xperlu freestyle ;)
cabaran mengepam on the go ni cuma kdg2 rasa agak malu kalau muncung pam ni agak 'obvious' dan boleh dilihat orang. Tapi solusinya, pakailah tudang yang labuh & tebal :) IAllah mmg orang x perasan
1 lagi, ade bunyi macam motorboat plk pam medela ni..hehe..x berapa kuat tapi kalau suasana sunyi, mmg blh dengar laa..dan pesakit saya dah buat muka tercari2 'what's that noise'???
Kadang saya buat x tahu je, tapi kadang2 saya akan bagitahu dengan baik, maaf ya makcik, saya tengah pam susu ni..bunyi bising skit ;)
Ok, harapnye pembaca di luar juga akan sentiasa ada jadual utk mengepam..jangan skip ye!!
Boleh sesuaikan dengan kerjaya anda, kerana setiap bidang kerja pasti lain cabarannya.. Happy breastfeeding everyone!! :)

Subscribe to:
Comments (Atom)