Pages

Monday, 20 April 2015

Perlu ke ambil suplemen?

Assalamualaikum

Sejak saya sendiri mengamalkan suplemen untuk membantu & maintain keadaan kesihatan saya, ade jugak kwn2 @ klien yang tanya, bukan ke vitamin2 semua ni boleh dapat dari makanan harian? kenapa nak amik suplemen pulak?

Tanpa kita sedar,zaman & keadaan persekitaran kita banyak dah berubah. Dulu ape yg atok & nenek kita makan kebanyakannya ditanam sendiri, dan mereka mmg lebih sukakan ulam2. Berbanding kita sekarang, sayur2an kebanyakannya telah dicemari racun serangga bagi memastikan kualiti sayur tu sendri nampak cantik, segar bugar kat supermarket @ pasar. Tu belum nak cerita lagi vitamin dlm sayur juga akan termusnah apabila dimasak. Bak kate org tua.."nak bagi anak mati ke makan sayur mentah?" sebab dalam pemahamam mereka, selagi x layu sayur tu, belum boleh dimakan ;) So apa pulak khasiat yg tinggal saat sayuran ini memasuki tubuh kita?? Hmm..same2 fikirkan...


ini memang berbeza kan berbanding diet orang Barat yg lebih sukakan salad dlm hidangan utama mereka. Potong2 sayur, bubuh olive oil+garam+blackpepper..siap!! hehe..xtau la ape rasenye, tapi cara Jamie Oliver (salah seorang chef dr UK yg saya suka) buat tu nmpk cam sedap je..

jadi, bila sebenarnya kita perlu ambil suplemen ni??

1. Suplemen diperlukan apabila berlaku perubahan supply/demand
-apabila bertambahnya keperluan bagi seseorang (cth: bagi ibu mengandung & menyusu), secara x langsung, makanan tambahan memang diperlukan. Ibu mengandung sbg contoh memang perlu ambil lebih kalori, zat besi, protein, kalsium dsb utk menampung keperluan bayi & diri sendiri untuk kesihatan yg optimum.
-kanak2 juga antara yang x terkecuali utk mengambil suplemen. Tubuh mereka yg sedang pesat membesar juga perlukan lebih banyak nutrisi utk otak (seperti DHA, EPA dsb), nutrisi utk membesar (seperti kalsium, protein dsb). kalau diperhatikan, kanak2 memang akan ade temujanji di klinik untuk memantau berat badan & tinggi mereka kn..ini semua utk elakkan masalah2 tumbesaran yg lain
-penyusutan zat sedia ada (cth: bagi wargaemas). Tatkala umur meningkat, tubuh juga akan mengalami kekurangan zat yg sedia ada dlm badan. Tulang mula kehilangan kalsium, Sendi & rawan mula menjadi haus, luka lambat sembuh akibat kekurangan vit C dan sebagainya. Ini belum termasuk lagi bg kes diabetes di mana pankreas turut mengalami kekurangan penghasilan insulin utk metabolisma gula (akan saya kupaskan di entry yg lain)



2. Apabila tubuh menunjukkan tanda2 kekurangan zat
-pernah x dengar org mengeluh:
badan cepat letih
mengah kalau berlari
kaki cepat cramp
najis x lawas
susah kencing/ berak dll?
-ini ade berkait dengan kekurangan nutrisi pd tubuh badan jugak. Kalau meter minyak pd kereta menunjukkan bila perlu diisi, badan kita juga menunjukkan tanda bila nutrisi ini perlu diberi perhatian
Itu belum nak cerita lagi bagi wanita yg sememangnya prihatin dengan kecantikan ;) eh..ade jerawat naik la, eh..muka makin kedut la, mata sembab, kulit kering, kulit kusam dsb..ini juga tanda2 kekurangan kolagen tau..so kne siap sedia utk topup ;)

Suplemen ni sebenarnya pilihan individu & sejauh mana kita prihatin dengan keperluan tubuh kita.
Kesihatan kita tanggungjawab kita kan :)

Wassalam





No comments:

Post a Comment