Pages

Thursday, 2 April 2015

Pump on the Go

Assalamualaikum..
Waktu rehat jumaat macamni mesti ramai wanita pergi shopping, jalan2 @ makan special skit kan?
hehe..rindu plk zaman macamtu..seminggu sekali to reward ourself kan? walaupun masa rehat jumaat ni dlm 2jam lebih je tapi mmg ni la masa yg paling best, tiada gangguan anak2, boleh buat girlie time & hangout with friends ;)


tapi sebenarnya nak cerita walaupun seronok jln2 mkn2 di hari jumaat ni, yang plg saya suka sbb waktu ni boleh mengepam susu dengan tenang & lama berbanding hari lain..xperlu rushing2 ;) sbb slalunya di hari lain yg masa rehat lebih kurang 1jam, nak mkn, nk solat, belum campur klu rehat lambat sbb pesakit ramai..huhu..agak stresful nak mengepam susu cepat2

kene ingat tau, disiplin dalam mengepam susu ni sgt2 penting utk memastikan penghasilan susu ibu yang berterusan..biar dpt sikit pun tapi teruskan juga demi si manja tersayang

1. Pastikan pam sekurang2 nya setiap 3-4jam sekali
-pada masa bayi masih kecil, hormon dlm badan kita memang menghasilkan susu dengan banyak. Ini kerana bayi HANYA MEMERLUKAN SUSU IBU SAHAJA di awal 6bulan usianya..jadi, bila kita pam dgn konsisten, masa inilah paling bagus nak buat stok..susu meriah!!! insyaAllah :)
-saya sendiri pam setiap 3jam walaupun sedang melihat pesakit. Di awal pagi, anak saya akhir menyusu dlm jam 7pagi macamtu..so jam 10pg, saya akan terus pam. Bertuah kerana memiliki medela freestyle, saya blh mengepam sambil bekerja..Alhamdulliah!!




kemudian jam1 tengahari semasa waktu rehat adalah sesi ke2 pengepaman saya. Diikuti jam 430+ mcmtu..slalunya pesakit dah x ramai di klinik, so blh pegi pam dengan cara biasa. Xperlu freestyle ;)

cabaran mengepam on the go ni cuma kdg2 rasa agak malu kalau muncung pam ni agak 'obvious' dan boleh dilihat orang. Tapi solusinya, pakailah tudang yang labuh & tebal :) IAllah mmg orang x perasan
1 lagi, ade bunyi macam motorboat plk pam medela ni..hehe..x berapa kuat tapi kalau suasana sunyi, mmg blh dengar laa..dan pesakit saya dah buat muka tercari2 'what's that noise'???

Kadang saya buat x tahu je, tapi kadang2 saya akan bagitahu dengan baik, maaf ya makcik, saya tengah pam susu ni..bunyi bising skit ;)
Ok, harapnye pembaca di luar juga akan sentiasa ada jadual utk mengepam..jangan skip ye!!
Boleh sesuaikan dengan kerjaya anda, kerana setiap bidang kerja pasti lain cabarannya.. Happy breastfeeding everyone!! :)



No comments:

Post a Comment