Pages

Saturday, 18 April 2015

2 kids and counting :)

Assalamualaikum
tajuk mcm hebat je kan? hehe..saje ambik mood dari siri kegemaran sy sekarang. Suke sgt tengok telatah keluarga besar Michele & Jim Bob serta kesemua anak2 diorang.. bagaimana si ibu membesarkan anak2, mengajar tentang agama, kasih sayang, hormat menghormati, di samping masih dapat bermain dengan riang ria as kids!! Kagum betul camne la dgn ank seramai itu, ibu ini masih mampu tersenyum & sekalipun saya x pernah nampak die marah anak2 (huhu..xtahu la klu TV dh potong part die marah ke kan..) tapi mmg tgk  sabar & positif sungguh Michele ni..dengan anak2 diajar sendiri di rumah (homeschooling), namun kesemuanya anaknya x keterlaluan klu saya katakan 'menjadi' :) pendek kata, memang suke la crite 19 KIDS & COUNTING ni!!!

Eh, sebenarnya nak reveal the good news yang saya kini sedang mengandungkan anak ke-3..Alhamdulillah :) syukur sgt Allah murahkan rezeki sy & suami utk menjaga seorang lagi amanah besar dari Allah s.w.t
Saat awal pregnant, mmg x dapat lari dari fasa loya, pening, sakit perut, badan rasa lemah dan kalau boleh rasa nak tido je sepanjang hari!!! Serius!!! Tapi mujurlah alahan saya x begitu teruk berbanding wanita lain. Masih boleh bekerja, cuma balik je mmg collapse..anak2 yg berdua ni pun dh x terlayan+kerap kne marah huhu...

Memasuki fasa 3 orang anak pasti lebih mencabar ;) dengan 2 orang pun dah rasa x cukup tangan, sudah tentu 3orang memerlukan lebih kekuatan, pengorbanan, kesabaran & paling penting doa kepada Allah s.w.t agar semuanya dipermudahkan..amin!! :)



No comments:

Post a Comment