Pages

Sunday, 29 March 2015

Tips breastfeeding

Assalamualaikum

Hari jumaat yg ceria..sekejap je dah hampir tamat bulan Mac..dan yg plg semua org risau adalah utk menghadapi GST April ini..huhu..pastinya golongan marhaen akan lebih terasa kesannya kn...
apapun, saya bukan pakar ekonomi..trersalah cakap nanti susah pulak ;) jadi, org kate 'just go with the flow' hope everything will be ok..

Ade ramai ibu2 yang saya jumpa SELALU MENGADU-susu x cukup, anak x kenyang, dah naik kerja mesti la kene campur Dr...dan pelbagai lagi masalah dlm BF..yup, BF bukanlah mudah TAPI bila anda dah mula, mmg bersemangat tinggi, anda akan senang di kemudian hari & rasakan betapa bagusnya aku dah beri yang terbaik utk anak :)


TIPS 1: NIAT & DOA
-sebagai seorang Muslim kita percaya setiap rezeki dtg dari Allah, jadi mohonlah pd Dia..berdoalah agar kita berjaya memberikan susu ibu selama yg boleh kepada si anak. Niat di dalam hati kita nak beri yang terbaik pd anak, nak dia sihat & kuat, nak dia membesar dlm suasana yg soleh ;) bila niat kita baik, semuanya akan jadi baik..percayalah pada saya..itu kuasa minda kita !!!
-di samping itu, kalau tgh rasa down, rasa susu x cukup, berdoalah pd Dia...skrg ni semua org ade hp kan. Saya pun sambil BF kan anak, mesti tgk hp hehe.. so blh cari doa, ayat Quran yg memudahkan urusan kita utk BF..sambil BF sambil mulut kita berdoa..iAllah dipermudahkan :)


TIPS 2: CARI ILMU TENTANG BF
-sape kata ilmu menyusu tak penting? sgt2 penting ye sbb tanpa ilmu kita buntu..kita x tahu pun kenapa kita perlu menyusukan anak. Kalau lihat di klinik2 kesihatan kerajaan, topik penyusuan susu ibu ni mmg diberi semasa mengandung. Xkira la mengandung kali keberapa pun..mesti kena belajar.
-antara yang penting+saya akan kupaskan satu persatu nanti adalah
*bagaimana susu terhasil
*kebaikan susu ibu pada bayi
*kebaikan penyusuan pada ibu
*kebaikan penyusuan bagi tumbesaran bayi
*teknik memerah & menyimpan susu ibu
*masalah utama dlm penyusuan
*cara mengatasi masalah dlm penyusuan

hmm..mcm blh buat buku pulak kn..tapi hakikatnya apabila kita ada ilmu, breastfeeding akan lebih mudah & lancar iAllah :)

TIPS 3: MERUJUK PADA PAKAR
-pakar di sini boleh jadi ibu kita, kakak, adik, saudara, kawan2 yang pernah menyusukan anak..x semestinya Dr sahaja..menyusukan anak ni berdasarkan pengalaman. Ia boleh dibaca & dipelajari melalui pembacaan, tetapi dengan ada pengalaman dari orang terdekat, kita blh belajar lebih banyak lagi tentang BF. Tapi pilihlah orang yang positif & berikan input baik ttg BF, dari situ baru kita pun akan dapat banyak faedah.
-bagi yang menjadi ibu buat pertama kali, memang penting ada ibu@ibu mertua untuk membantu..ataupun sesiapa sahaja wanita berpengalaman untuk bantu menjayakan BF. Mereka boleh menenjukkan cara yang betul untuk BF, cara menjaga bayi dsb..so bagi ibu yang sedang berpantang, semua pertolongan di peringkat awal ini akan memudahkan penyusuan sehingga bayi besar. Bukan setakat seminggu je dah berhenti menyusu dengan alasan, baby x puas menyusu laa..huhu..

saya memang suka dengan gambar ni. Kami akan pampangkan di setiap bilik pemeriksaan ibu mengandung supaya kesemua ibu2 sentiasa bersemangat utk BF :)

Ok..sampai jumpa lagi IAllah :)

Friday, 20 March 2015

anak2 permata hati

assalamualaikum

Melayan anak2 yang serba aktif ni macam2 rasa.. seronok, penat, nak gelak, lucu sebenarnya fikirkan ape yg bermain dalam minda anak2 yg suci murni ini...kadang2 (ke selalu ;) termarah, terjadi adegan Hulk dan mcm2 yg ter lagi (huhu..ter..sbb x niat sebenarnya) tapi di kala iman menipis..macam la anak sepuluh kan!! baru 2 org pun dah tipis imanku..
Anak adalah Anugerah
-kalau difikirkan betapa pemurahnya Allah s.w.t memberi suami isteri zuriat yang diidamkan. Tiada bayaran, tiada apa yang Allah perlukan dari kita..sebagai hamba yang soleh, sewajibnya setiap nikmat zuriat ini dijaga dengan sebaiknya, dididik dengan didikan Islam.. lihat sahaja pada pasangan yang xde cahayamata, berpuluh tahun menanti utk mendapat zuriat, pelbagai teknik rawatan dicuba utk dapatkan zuriat..
-jadi bagi kita yang dianugerahkan dengan harta yang tiada nilai tandingannya ini, kena sentiasa bersyukur, sentiasa ingatkan diri, anak ini hadiah dari Allah kepada kita..jadi, pelihara dengan sebaiknya!!! :)


Anak ini Ujian dari Allah
-hmm..camne pulak tu kn? ujian ni macam batu penghalang..kadangkala kita sibuk menguruskan anak2 sampai terlewat solat, x sempat membaca Al-Quran dan sebagainya...tapi jgn jadikan anak sebagai alasan!!
-kadangkala kita diuji dengan anak yang nakal, ada juga yang diuji dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan, masalah pembelajaran dan macam2 lagi. Ingatlah setiap satunya ada hikmah & ini untuk menentukan samada kita layak digelar hamba Allah yg soleh/ solehah :)

Sekian coretan hari ini...mode: termarah anak jap tadi..huhu..gara2 die tumpahkan air pstu baling2 nasik.. T____T sabar lah ummi...


Thursday, 19 March 2015

Kulit semakin pulih!!

Assalamualaikum

Seperti yang dijanjikan semalam, hari ni nak share 'the shaklee effect' ;)
bila dah pakai set eczema kulit secara konsisten+add on collagen (mm..ade jgk la termiss beberapa kali dek terlupa+tertidur awal kn) yang saya perasan perubahan pada kulit:
-kulit terasa lebih lembut
-tidak kering lagi terutama bawah mata
-garis2 halus bawah kelopak mata dah berkurangan
-kurang menggaru :)
-parut menjadi lebih pudar

Untuk pengetahuan, kesan dari chronic scratching & rubbing of eyes (kerap menggosok mata) kerana gatal eczema yang melampau, kulit bawah mata saya mmg nampak gelap..masa kecil lebih kurang camni:



So bayangkan dari kecik sampai sek menengah kot..saya akan menggesel mata saya dengan jayanya terutama bile nak tido mlm..ia ibarat satu habit pulak..mesti gosok mata smpi tertidur ;( so akibat chronic rubbing ni akhirnya bawah mata saya jd hitam & banyak kedutan..sobs..





"The eye contour has the thinnest and most fragile skin on the entire face.
It is lacking in sebaceous glands and collagen and elastin fibers.
The skin around the eyes is under the strain of 22 muscles in perpetual motion and 10,000 blinks per day. This is why the eye contour is the first area to show signs of aging. Fine and deep wrinkles and traces of tiredness can thus appear prematurely"


 Ini yang saya rasakan sendri slps gunakan produk shaklee..dari situ saya mula banyakkan pembacaan ttg produk ini & mula berkongsi kesan baik dengan orang lain yg mungkin menghadapi masalah yg sama

Salam sayang :)

Tuesday, 17 March 2015

Berkenalan dengan Shaklee

Assalamualaikum..
Awal tahun 2014 adalah tahun yg agak stres bagi saya..berpindah ke rumah baru di senawang, berulang alik senawang-k.pilah utk beberapa bulan sebelum dapat bertukar tempat kerja, anak kecil menangis dalam kereta, terpaksa berhenti tepi jalan utk tenagkan si kecik ni+BFkan die, sampai rumah lambat, penat...and the cycle goes on.. tu belum nak cerita kene bangun awal setiap hari utk meredah perjalanan yg memakan masa 30-40minit (oh..how i hate waking up early..sobs..)


Hehe..stres la sangat kan..(patut bersyukur sbnrnya..org lain lagi byk masalah/rintangan) Tapi sebagai seseorang yg menghadapi masalah eczema ni, mmg terasa kulit makin kering, selalu menggaru, bubuh ubat pn x jalan..huhu..so stres lagi :( sampai la satu tahap ade saudara yang menegur kulit saya nampak teruk+saya nampak macam orang tua..huhu..dan di situlah saya mula berfikir utk BERBUAT SESUATU UNTUK KULIT SAYA!!!

Saya slalu dengar ttg shaklee..slalu baca iklan2 shaklee, dpt iklan personal ttg shaklee pn pernah ;) tapi x pernah terbuka hati pun nak cuba..bila eczema saya memuncak, saya terus mencari produk yg selamat utk kulit sensitif..sbb eczema bukan boleh sebarangan ambil produk, saya mesti pilih betul2 sbb takut kesan sampingan pd kulit yg mmg sedia sensitif ni..sebagai seorang doktor, saya mmg nak cari vitamin utk kulit+krim utk kulit, sbb nak repair kulit dari dalam...kebetulan terbaca iklan kwn ttg vitamin E shaklee (vitamin E kan elok utk parut, so saya fikir, boleh la try yg ni dulu sbb tgh promosi) Mkn utk 2bln xsilap, xde la rase pape pun..same je..pastu terbaca plk iklan seorang lg kawan ttg set kulit+collagen shaklee..walaupun mahal, tapi terpengaruh jgk dengan iklan+rasa kalau x beli, nanti bile kulit nak elok..dah baca+rs puas hati dgn set yg ditawarkan (saya google sahaja), barulah berani keluarkan duit untuk membaiki kulit..yup, saya 'pertaruhkan' harga yang mahal utk kulit saya..tapi saya pasrah+harap eczema ni boleh elok+kulit saya akan nampak berseri semula :)
Maka bermulalah perjalanan saya makan vitamin bersungguh2,sbb takut kulit brtambah teruk..di samping ambil ESP, Vit C, Vit E dan collagen, saya ambil Omegaguard untuk mengawal keradangan..terus istiqamah walaupun tengok org lain, mkn collagen x sampai 2 minggu kulit dah bersinar2..tapi, teruskan jugak...sabar lagi...sampai la dalam 2-3bulan jugak, (so collagen pun habis dlm 3-4kotak) sebelum saya betul2 rasa suplemen shaklee ni mmg berkesan seperti yang diwar2kan..hehe ;)

Nasihat saya di sini..kulit kita masing2 ada masalah tersendiri, jadi tempoh pemulihan juga mungkin berbeza..seperti saya sendiri, kulit mmg sensitif & dah agak teruk (baru nak cari penawar...huhu) so healing process & repair takes more time..tapi alhamdulillah, lepas tu saya mmg perasan banyak sgt yang berubah dengan kulit saya!!

Nak tahu apa yang berubah? Tunggu episod seterusnya ;)


Saturday, 14 March 2015

Breastfeeding 2

Asslamualaikum
Salam ceria di hari ahad. Bestnye yang bercuti sekolah kan..anak2 + termasuk la mak pak nye skali ;) mmg kalau musim cuti sekolah ni ramai ibubapa ambil peluang ambil cuti... dpt la bawa ank2 berjalan2. Memandangkan anak2 saya kecil lagi, xde la ambil cuti pun, bagi peluang pada yang senior utk bercuti hehe

Ok..harini nak kongsikan tentang PENTINGNYA BREASTFEEDING :)
kalau kata manfaat BF, mesti nampak macam skema pulak kn..dan masing2 pun mungkin dah tahu..tapi saya just nak bgtau kenapa saya sendiri sebagai seorang Dr, amat pentingkan BF terutama bagi 6 bulan yang pertama ;)

BF -1001 MANFAAT BAGI BAYI!!!
1. mula menyusukan bayi pada jam yang pertama membekalkan bayi dengan kolustrum. Kolustrum adalah susu pertama ibu yang kaya dengan antibodi & berwarna kuning. Jangan risau ye, susu awal ni memang sikit je, sesuai la dgn saiz perut bayi yg baru lahir. Apabila bayi mendapat susu kolustrum ni, ia dapat melindungi dari cirit birit & jangkitan paru-paru (pneumonia). 2 penyebab utama kematian bayi di dunia!! Selalu saya ceritakan pada pesakit, susu ni Allah dah bagi untuk keperluan bayi..sayang sangat kalau kita rasa remeh tentang perkara ni...sayang sangat klu pelbagai alasan kita bagi sbb malas nak BF. kolustrum ni ibarat kita bagi imunisasi pertama pada bayi kita. Hebat kan,xperlu cucuk (mcm imunisasi yg perlu diberi pada bayi untuk melindingi bayi dari jangkitan)..cuma susukan sahaja :)
Dari segi perubatan pulak, kolustrum ni sampai ade yang ambil & komersilkan sebagai sumber antibodi (di negara2 luar) dan harganya pun mmg mahal...siapa x rasa hebatnya susu ibu ni x tahu la..huhu

 What colostrum lacks in volume it makes up for in power. Some people refer to colostrum as "high octane" milk. It's full of antibodies and immunoglobulins, which not only help protect newborns as they come into our world of bacteria and viruses, but also has a laxative effect that helps them expel the tarry first stools called meconium.

When you feed your baby colostrum, which may appear as clear fluid or be a deep golden color, it's as though you're giving him his first vaccination. Someone once estimated that if human colostrum could be commercially manufactured with all the same antibodies and immunoglobulins in it, it would cost somewhere around $80 an ounce


http://www.who.int/features/factfiles/breastfeeding/facts/en/index1.html

2. susu ibu semudah ABC!!!
pengalaman saya sendiri, BF ni mmg sgt mudah..semudah suakan sahaja nen** (opps...hehe)  pada bayi & tidur..x perlu masak air, bancuh susu, nak test suhu susu baru blh bagi pada bayi (kalau kita memberi susu formula melalui botol) Itu belum lagi nak cuci botol, nak sterilkan dsb yang semestinya memerlukan penjagaan rapi..Ingat kan ttg cirit birit tadi, salah satu sebabnya adalah pengendalian susu formula yang kurang steril kepada bayi. Betapa uniknya susu ibu ni, semuanya dah tersedia dalam badan si ibu..x perlu nak sukat, berikan sahaja pada bayi sehingga ia merasa kenyang & payudara terasa kosong :)

Friday, 13 March 2015

Breastfeeding :)

Assalamualaikum

Breastfeeding (BF) ni mmg topik mak2 sangat2 kan? :) sebagai seorang pengamal perubatan, topik ni mmg dah belajar dari zaman universiti lagi..tapi lebih pada bab teori. Camne susu terhasil, tindak balas refleks semasa bayi menyusu, mengenali anatomi payudara (ops..hehe..org laki pun kene belajar ye..maklum la, nak jadi Dr kan ) ;) dan pelbagai topik lagi..pendek kata, teori tu semua dlm tangan la...tapi praktikal???

So bila dapat anak sendiri, baru lah boleh praktikkan ilmu BF ni...dann!!! ianya tidak semudah yang disangka!! Jangan ingat bayi ni, bila kita bagi je susu ibu, dia akan terus hisap dan tido dengan lena ;)
Banyak cabaran lain nak dihadapi dlm perjalanan nak bagi anak FULLY BF ni...so here goes my story from my own little experience ;) bab teori BF tu nanti lain kali saya share






Cabaran BF (early stage/ for 1st time mom)
1. SAKIT BERSALIN !!!
-Tahu x bersalin ni bukannya x sakit..dan sakit ini berbeza bagi setiap ibu. Lepas bersalin, kita akan rasa lemah sebenarnya, tu belum nak cerita kne jahit pada bahagian vagina lagi, mmg akan terasa jugak ngilu2 tu selepas melahirkan..bagi ibu yang bersalin secara pembedahan (Caesarean section) sudah pasti sakitnya berbeza.
-penyusuan paling baik dimulakan pada sejam yang pertama slps bayi dilahirkan. Kebanyakan hospital "BF Friendly" mmg menggalakkan bayi terus disusukan oleh ibu sejurus dilahirkan. Tapi 1st time mothers ni sebenarnya perlukan pertolongan. Dengan badan yg masih sakit, teknik nak pegang bayi & posisi menyusu pun x pernah praktis lagi, mmg mencabar sebenarnya ;)
-jadi, dapatkan pertolongan dengan orang terdekat (cth: ibu/ ibu mertua/ suami) atau staf hospital untuk menunjukkan cara BF yang betul...sebab kalau anda stres@mengalami masalah pada peringkat awal, anda akan mula rasa goyah dengan diri anda sendiri, rasa x bersemangat, rasa down dsb.. Percayalah pada saya!! sbb kebanyakan kes yang saya lihat mengalami masalah ini...ibu2 tidak dibantu, maka semangat utk BF tu akan hilang sejak awal...sgt rugi!!!

World Breastfeeding Week (WBW) 2007 is encouraging breastfeeding in the first hour of life because research shows that early initiation and exclusive breastfeeding for six months can save lives. This is the reason behind this year's WBW catchphrase: "Breast Feeding the 1st Hour - Save One Million Babies".


2. SUSU X DE!!!
-sebenarnya pada tahap awal, susu yang dihasilkan memang sedikit. itu aturan yang dijadikan oleh Allah s.w.t sebab perut bayi pun kecilll sgt :) Anda x bersalah bersalah kalau beranggapan susu anda tiada kerana susu x mungkin dapat diperah pada 1-2hari pertama selepas bayi dilahirkan
-cuma jangan jadikan ini MINDSET, jangan sebut macamni setiap kali bayi menangis, bila anda mengatakan SUSU X DE, sebenarnya ia telah menjadi sesuatu yg negatif dlm perjalanan BF anda!!!
-kalau ada org lain di sekitar yg kate begitu, jangan hiraukan, jangan terpengaruh utk terus memberi bayi anda susu formula atas sebab bayi anda menangis x cukup susu!!!


 ada banyak sebab lain bayi menangis...antaranya ialah persekitaran yang berubah. Bayangkan selama hampir 10bulan bayi anda selesa di dalam rahim anda, tiada bunyi bising, tiada kesejukan dsb...Tiba2 saat dia keluar ke dunia ini, SEMUANYA BERUBAH!!! Pastinya itu juga stress bagi bayi yang umurnya x sampai 1 hari!! Banyakkan memeluk bayi, co-sleep (tidur bersama bayi) untuk memastikan dia selesa & masih berasa seperti di alam rahim :) lagipun yang penting bukanlah semata2 nak makan (read as nak menyusu sahaja) bayi anda memerlukan tidur hampir 17jam untuk tumbesaran yang sihat!! Ajaib kan?? MasyaAllah..




Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau waktu malam.



Thursday, 12 March 2015

Eczema 2

Asslamualaikum
Lewat bersiaran harini..anak dah tidur baru senang skit nak dpatkan ummi's time ;) hehe

Tahu x ape penyebab eczema ni?
1) Keturunan
-kalau dalam keluarga kita memang ada yang menghidap asthma, eczema @ resdung (1 group of atopy) so x mustahil kita akan turut mewarisi penyakit yang sama..tapi jangan risau, penyakit ni bukanlah bahaya macam kencing manis@ darah tinggi..cuma x selesa je lah dok menggaru, x tahan dengan gatal dsb
2) Persekitaran
-pelbagai faktor boleh menyumbang pada eczema ni untuk berlaku...jadi penting untuk TAHU APA YG MENYEBABKAN KITA MENGALAMI ALAHAN KULIT & MENGELAKKANNYA
-as simple as that....know the triggering factors & avoid it :)
-tapi nak mengelakkan triggering factors will not be as easy as it is said






Ni antara contoh faktor penyebab alahan kulit@eczema ni:
1-Habuk: mana ada tempat yang xde habuk kan..tapi tahu x, kebanyakan pesakit eczema memang alah dengan habuk. Bukan nak mengada2 x nak buat kerja rumah@x nak menyapu tau, tapi memang kalau dh kene habuk tu...adoi..gatalnya!!! x boleh nak cerita :(
2-Kutu hama: ini selalunya ada pada sarung bantal, tilam, selimut dan sewaktu dengannya.. jadi x hairan la, kalau tengok pada bayi kecil yang mengalami eczema, masalah ini kerap berlaku..tengok sahaja berapa lama si anak baring@tidur di tilam kan..pasti ada kutu hama (dust mites) yang menyebabkan alahan tu!!!



Wednesday, 11 March 2015

Eczema 1

Assalamualaikum
Hari ni nk share tentang eczema. Eczema ni sebati di hati saya kerana masa kecik dulu saya menghidap eczema yg teruk :( dari lahir sampai la sek menengah, mmg susah betul nak control..so konon2 nak buat entry ttg eczema banyak skit..siap ade part 1 harini hehe..

Eczema ni adalah masalah alahan kulit yg berkait dengan sistem imun seseorang..senang faham, kulit orang yang mengalami eczema ni alah pada pelbagai faktor. Yang seangkatan dengan eczema ni adalah asthma (alahan yg menyerang paru2), resdung (alahan pada bhgn hidung & sinus), Pada umur baby, eczema lebih cenderung terjadi pada bahagian muka, pelipat siku & pelipat bahagian lutut





Huhu..mmg kesian melihat keadaan ruam ni..baby pulak akan menggaru kerana gatal, luka senang melarat dan ini boleh membawa kepada komplikasi jangkitan

Nak tahu kenapa eczema terjadi??
Kenapa anak saya yang kena??
Macamane nak buat ni??
Nantikan entry saya seterusnya ;)

Monday, 9 March 2015

anak jatuh

assalamualaikum

semalam tengok post kawan di FB ttg anaknya yg jatuh masa bermain..terus dah bertanda kat dahi ;(
huu..sedihnye..dah la anak perempuan pulak tu..mmg kesian terfikirkan si kecil yg dah berparut!!

anak saya pun x terkecuali..jatuh ni macam dah jadi asam garam hidup kanak2 la kan..start dari diorg belajar berjalan, mesti ade jatuh..eh, sebenarnya bila anak dah pandai bergolek pun mereka terdedah kepada bahaya jatuh ni ;) Tapi, selalunya jatuh ni bukan yang serius, mungkin sekadar lebam@ luka kecil.
Jatuh katil, jatuh dari kerusi, jatuh kerana berlari, melompat dsb...hai..mereka ni memang aktif meneroka kn?

percaya tak kecederaan DI RUMAH (domestic accidents) adalah sebab utama kecederaan kanak2??
sukar dipercayai tapi rumah kita juga boleh menjadi tempat permainan yang berbahaya..huu!!

jatuh dari ketinggian yg betul-betul tinggi, memang kene berjaga2 dengan tanda2 bahaya!!!
-anak x sedarkan diri
-anak menunjukkan tanda sawan
-anak menangis tidak berhenti
-muntah yang memancut jauh (projectile vomitting)
-berlaku pendarahan dari hidung/ telinga @ mulut

Ini semua perlu diawasi sekurang2nya dalam tempoh 12jam dari masa anak terjatuh..kerana risiko berlakunya pendarahan dalam kepala. Jika risau @ maternal instinct merasakan sesuatu yang tidak baik, segera bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan
Anak kita anugerah berharga, jaga mereka dengan sebaiknya :)

Salam sayang, moga Allah berkati

Sunday, 8 March 2015

Hanan

Rif'ah Hanan bt Mohd Rif'an
my 1st daughter lahir pada 14/2/2011..bersamaan 11 Rabiulawal...bersamaan jugak dengan hari Valentine's tapi dlm Islam kita x sambut la kan ;)
Jaddi (datuk-panggilan dlm bahasa arab) die kata kalau lahir 12 Rabiulawal mesti boy..hehe
pengalaman pertama melahirkan anak memang x terjangkau di fikiran..walaupun saya seorang doktor & banyak dah "conduct baby deliveries" tapi merasainya sendiri adalah 200% BERBEZA!!!

Baru tahu sakit sebenar melahirkan @ the real contraction pain ;) Patut la dlm Islam kita disuruh taat pada ibu..mengandung dgn kepayahan, bersalin pun pada tahap bertarung nyawa, menyusukan, membesarkan, menjaga ketika kecil..serba serbi pengorbanan seorang ibu
.


Hanan lahir pada hari Isnin @41week (yup..saya overdue 1 minggu dari EDD 8/2/2011) tepat jam 1055am dengan berat 2.96 kg..masyaAllah, memegangnya di dalam labour room adalah detik paling emosional dlm hidup saya..macam x percaya dapat melahirkan seorang zuriat buat saya & suami (yelah..kami boleh dikategorikan agak lama menanti untuk mendapat cahayamata sebab duduk berjauhan saat bergelar houseman-doktor pelatih dulu)

Dapat melahirkan secara normal dengan sokongan suami tersayang (love u abang) memang berasa syukur tak terhingga :) Alhamdulillah

Thursday, 5 March 2015

salam kenal

Assalamualaikum..
lembaran buat buat seorang ummi, isteri & doktor :)
menjejaki dunia IT yg selama ini hanya diintip dari tepi

hehe..puitis la pulak..
baru berkenalan dgn dunia blog..org kata, blog ni utk share ilmu2 yg kita ada..
dan itulah matlamat saya..berkongsi dgn anda semua..yg baik2 sahaja insyaAllah
moga ada saham di akhirat kelak :)