Assalamualaikum
Breastfeeding (BF) ni mmg topik mak2 sangat2 kan? :) sebagai seorang pengamal perubatan, topik ni mmg dah belajar dari zaman universiti lagi..tapi lebih pada bab teori. Camne susu terhasil, tindak balas refleks semasa bayi menyusu, mengenali anatomi payudara (ops..hehe..org laki pun kene belajar ye..maklum la, nak jadi Dr kan ) ;) dan pelbagai topik lagi..pendek kata, teori tu semua dlm tangan la...tapi praktikal???
So bila dapat anak sendiri, baru lah boleh praktikkan ilmu BF ni...dann!!! ianya tidak semudah yang disangka!! Jangan ingat bayi ni, bila kita bagi je susu ibu, dia akan terus hisap dan tido dengan lena ;)
Banyak cabaran lain nak dihadapi dlm perjalanan nak bagi anak FULLY BF ni...so here goes my story from my own little experience ;) bab teori BF tu nanti lain kali saya share
Cabaran BF (early stage/ for 1st time mom)
1. SAKIT BERSALIN !!!
-Tahu x bersalin ni bukannya x sakit..dan sakit ini berbeza bagi setiap ibu. Lepas bersalin, kita akan rasa lemah sebenarnya, tu belum nak cerita kne jahit pada bahagian vagina lagi, mmg akan terasa jugak ngilu2 tu selepas melahirkan..bagi ibu yang bersalin secara pembedahan (Caesarean section) sudah pasti sakitnya berbeza.
-penyusuan paling baik dimulakan pada sejam yang pertama slps bayi dilahirkan. Kebanyakan hospital "BF Friendly" mmg menggalakkan bayi terus disusukan oleh ibu sejurus dilahirkan. Tapi 1st time mothers ni sebenarnya perlukan pertolongan. Dengan badan yg masih sakit, teknik nak pegang bayi & posisi menyusu pun x pernah praktis lagi, mmg mencabar sebenarnya ;)
-jadi, dapatkan pertolongan dengan orang terdekat (cth: ibu/ ibu mertua/ suami) atau staf hospital untuk menunjukkan cara BF yang betul...sebab kalau anda stres@mengalami masalah pada peringkat awal, anda akan mula rasa goyah dengan diri anda sendiri, rasa x bersemangat, rasa down dsb.. Percayalah pada saya!! sbb kebanyakan kes yang saya lihat mengalami masalah ini...ibu2 tidak dibantu, maka semangat utk BF tu akan hilang sejak awal...sgt rugi!!!
World Breastfeeding Week (WBW) 2007 is encouraging breastfeeding in the
first hour of life because research shows that early initiation and
exclusive breastfeeding for six months can save lives. This is the
reason behind this year's WBW catchphrase: "Breast Feeding the 1st Hour -
Save One
Million Babies".
2. SUSU X DE!!!
-sebenarnya pada tahap awal, susu yang dihasilkan memang sedikit. itu aturan yang dijadikan oleh Allah s.w.t sebab perut bayi pun kecilll sgt :) Anda x bersalah bersalah kalau beranggapan susu anda tiada kerana susu x mungkin dapat diperah pada 1-2hari pertama selepas bayi dilahirkan
-cuma jangan jadikan ini MINDSET, jangan sebut macamni setiap kali bayi menangis, bila anda mengatakan SUSU X DE, sebenarnya ia telah menjadi sesuatu yg negatif dlm perjalanan BF anda!!!
-kalau ada org lain di sekitar yg kate begitu, jangan hiraukan, jangan terpengaruh utk terus memberi bayi anda susu formula atas sebab bayi anda menangis x cukup susu!!!
ada banyak sebab lain bayi menangis...antaranya ialah persekitaran yang berubah. Bayangkan selama hampir 10bulan bayi anda selesa di dalam rahim anda, tiada bunyi bising, tiada kesejukan dsb...Tiba2 saat dia keluar ke dunia ini, SEMUANYA BERUBAH!!! Pastinya itu juga stress bagi bayi yang umurnya x sampai 1 hari!! Banyakkan memeluk bayi, co-sleep (tidur bersama bayi) untuk memastikan dia selesa & masih berasa seperti di alam rahim :) lagipun yang penting bukanlah semata2 nak makan (read as nak menyusu sahaja) bayi anda memerlukan tidur hampir 17jam untuk tumbesaran yang sihat!! Ajaib kan?? MasyaAllah..
Bayi yang baru lahir akan banyak tidur – kira-kira 17 hingga 18 jam
sehari pada beberapa minggu pertama dan 15 jam sehari menjelang bulan
ketiga. Walau bagaimanapun, mereka tidur tidak lebih daripada tiga
hingga empat jam pada satu-satu masa, sama ada pada waktu siang atau
waktu malam.




No comments:
Post a Comment