Pages

Monday, 9 March 2015

anak jatuh

assalamualaikum

semalam tengok post kawan di FB ttg anaknya yg jatuh masa bermain..terus dah bertanda kat dahi ;(
huu..sedihnye..dah la anak perempuan pulak tu..mmg kesian terfikirkan si kecil yg dah berparut!!

anak saya pun x terkecuali..jatuh ni macam dah jadi asam garam hidup kanak2 la kan..start dari diorg belajar berjalan, mesti ade jatuh..eh, sebenarnya bila anak dah pandai bergolek pun mereka terdedah kepada bahaya jatuh ni ;) Tapi, selalunya jatuh ni bukan yang serius, mungkin sekadar lebam@ luka kecil.
Jatuh katil, jatuh dari kerusi, jatuh kerana berlari, melompat dsb...hai..mereka ni memang aktif meneroka kn?

percaya tak kecederaan DI RUMAH (domestic accidents) adalah sebab utama kecederaan kanak2??
sukar dipercayai tapi rumah kita juga boleh menjadi tempat permainan yang berbahaya..huu!!

jatuh dari ketinggian yg betul-betul tinggi, memang kene berjaga2 dengan tanda2 bahaya!!!
-anak x sedarkan diri
-anak menunjukkan tanda sawan
-anak menangis tidak berhenti
-muntah yang memancut jauh (projectile vomitting)
-berlaku pendarahan dari hidung/ telinga @ mulut

Ini semua perlu diawasi sekurang2nya dalam tempoh 12jam dari masa anak terjatuh..kerana risiko berlakunya pendarahan dalam kepala. Jika risau @ maternal instinct merasakan sesuatu yang tidak baik, segera bawa anak ke hospital untuk pemeriksaan
Anak kita anugerah berharga, jaga mereka dengan sebaiknya :)

Salam sayang, moga Allah berkati

No comments:

Post a Comment