Pages

Saturday, 14 March 2015

Breastfeeding 2

Asslamualaikum
Salam ceria di hari ahad. Bestnye yang bercuti sekolah kan..anak2 + termasuk la mak pak nye skali ;) mmg kalau musim cuti sekolah ni ramai ibubapa ambil peluang ambil cuti... dpt la bawa ank2 berjalan2. Memandangkan anak2 saya kecil lagi, xde la ambil cuti pun, bagi peluang pada yang senior utk bercuti hehe

Ok..harini nak kongsikan tentang PENTINGNYA BREASTFEEDING :)
kalau kata manfaat BF, mesti nampak macam skema pulak kn..dan masing2 pun mungkin dah tahu..tapi saya just nak bgtau kenapa saya sendiri sebagai seorang Dr, amat pentingkan BF terutama bagi 6 bulan yang pertama ;)

BF -1001 MANFAAT BAGI BAYI!!!
1. mula menyusukan bayi pada jam yang pertama membekalkan bayi dengan kolustrum. Kolustrum adalah susu pertama ibu yang kaya dengan antibodi & berwarna kuning. Jangan risau ye, susu awal ni memang sikit je, sesuai la dgn saiz perut bayi yg baru lahir. Apabila bayi mendapat susu kolustrum ni, ia dapat melindungi dari cirit birit & jangkitan paru-paru (pneumonia). 2 penyebab utama kematian bayi di dunia!! Selalu saya ceritakan pada pesakit, susu ni Allah dah bagi untuk keperluan bayi..sayang sangat kalau kita rasa remeh tentang perkara ni...sayang sangat klu pelbagai alasan kita bagi sbb malas nak BF. kolustrum ni ibarat kita bagi imunisasi pertama pada bayi kita. Hebat kan,xperlu cucuk (mcm imunisasi yg perlu diberi pada bayi untuk melindingi bayi dari jangkitan)..cuma susukan sahaja :)
Dari segi perubatan pulak, kolustrum ni sampai ade yang ambil & komersilkan sebagai sumber antibodi (di negara2 luar) dan harganya pun mmg mahal...siapa x rasa hebatnya susu ibu ni x tahu la..huhu

 What colostrum lacks in volume it makes up for in power. Some people refer to colostrum as "high octane" milk. It's full of antibodies and immunoglobulins, which not only help protect newborns as they come into our world of bacteria and viruses, but also has a laxative effect that helps them expel the tarry first stools called meconium.

When you feed your baby colostrum, which may appear as clear fluid or be a deep golden color, it's as though you're giving him his first vaccination. Someone once estimated that if human colostrum could be commercially manufactured with all the same antibodies and immunoglobulins in it, it would cost somewhere around $80 an ounce


http://www.who.int/features/factfiles/breastfeeding/facts/en/index1.html

2. susu ibu semudah ABC!!!
pengalaman saya sendiri, BF ni mmg sgt mudah..semudah suakan sahaja nen** (opps...hehe)  pada bayi & tidur..x perlu masak air, bancuh susu, nak test suhu susu baru blh bagi pada bayi (kalau kita memberi susu formula melalui botol) Itu belum lagi nak cuci botol, nak sterilkan dsb yang semestinya memerlukan penjagaan rapi..Ingat kan ttg cirit birit tadi, salah satu sebabnya adalah pengendalian susu formula yang kurang steril kepada bayi. Betapa uniknya susu ibu ni, semuanya dah tersedia dalam badan si ibu..x perlu nak sukat, berikan sahaja pada bayi sehingga ia merasa kenyang & payudara terasa kosong :)

No comments:

Post a Comment