Pages

Friday, 20 March 2015

anak2 permata hati

assalamualaikum

Melayan anak2 yang serba aktif ni macam2 rasa.. seronok, penat, nak gelak, lucu sebenarnya fikirkan ape yg bermain dalam minda anak2 yg suci murni ini...kadang2 (ke selalu ;) termarah, terjadi adegan Hulk dan mcm2 yg ter lagi (huhu..ter..sbb x niat sebenarnya) tapi di kala iman menipis..macam la anak sepuluh kan!! baru 2 org pun dah tipis imanku..
Anak adalah Anugerah
-kalau difikirkan betapa pemurahnya Allah s.w.t memberi suami isteri zuriat yang diidamkan. Tiada bayaran, tiada apa yang Allah perlukan dari kita..sebagai hamba yang soleh, sewajibnya setiap nikmat zuriat ini dijaga dengan sebaiknya, dididik dengan didikan Islam.. lihat sahaja pada pasangan yang xde cahayamata, berpuluh tahun menanti utk mendapat zuriat, pelbagai teknik rawatan dicuba utk dapatkan zuriat..
-jadi bagi kita yang dianugerahkan dengan harta yang tiada nilai tandingannya ini, kena sentiasa bersyukur, sentiasa ingatkan diri, anak ini hadiah dari Allah kepada kita..jadi, pelihara dengan sebaiknya!!! :)


Anak ini Ujian dari Allah
-hmm..camne pulak tu kn? ujian ni macam batu penghalang..kadangkala kita sibuk menguruskan anak2 sampai terlewat solat, x sempat membaca Al-Quran dan sebagainya...tapi jgn jadikan anak sebagai alasan!!
-kadangkala kita diuji dengan anak yang nakal, ada juga yang diuji dengan anak yang mempunyai masalah kesihatan, masalah pembelajaran dan macam2 lagi. Ingatlah setiap satunya ada hikmah & ini untuk menentukan samada kita layak digelar hamba Allah yg soleh/ solehah :)

Sekian coretan hari ini...mode: termarah anak jap tadi..huhu..gara2 die tumpahkan air pstu baling2 nasik.. T____T sabar lah ummi...


No comments:

Post a Comment