Asslamualaikum
Lewat bersiaran harini..anak dah tidur baru senang skit nak dpatkan ummi's time ;) hehe
Tahu x ape penyebab eczema ni?
1) Keturunan
-kalau dalam keluarga kita memang ada yang menghidap asthma, eczema @ resdung (1 group of atopy) so x mustahil kita akan turut mewarisi penyakit yang sama..tapi jangan risau, penyakit ni bukanlah bahaya macam kencing manis@ darah tinggi..cuma x selesa je lah dok menggaru, x tahan dengan gatal dsb
2) Persekitaran
-pelbagai faktor boleh menyumbang pada eczema ni untuk berlaku...jadi penting untuk TAHU APA YG MENYEBABKAN KITA MENGALAMI ALAHAN KULIT & MENGELAKKANNYA
-as simple as that....know the triggering factors & avoid it :)
-tapi nak mengelakkan triggering factors will not be as easy as it is said
Ni antara contoh faktor penyebab alahan kulit@eczema ni:
1-Habuk: mana ada tempat yang xde habuk kan..tapi tahu x, kebanyakan pesakit eczema memang alah dengan habuk. Bukan nak mengada2 x nak buat kerja rumah@x nak menyapu tau, tapi memang kalau dh kene habuk tu...adoi..gatalnya!!! x boleh nak cerita :(
2-Kutu hama: ini selalunya ada pada sarung bantal, tilam, selimut dan sewaktu dengannya.. jadi x hairan la, kalau tengok pada bayi kecil yang mengalami eczema, masalah ini kerap berlaku..tengok sahaja berapa lama si anak baring@tidur di tilam kan..pasti ada kutu hama (dust mites) yang menyebabkan alahan tu!!!


No comments:
Post a Comment