Assalamualaikum
Hari jumaat yg ceria..sekejap je dah hampir tamat bulan Mac..dan yg plg semua org risau adalah utk menghadapi GST April ini..huhu..pastinya golongan marhaen akan lebih terasa kesannya kn...
apapun, saya bukan pakar ekonomi..trersalah cakap nanti susah pulak ;) jadi, org kate 'just go with the flow' hope everything will be ok..
Ade ramai ibu2 yang saya jumpa SELALU MENGADU-susu x cukup, anak x kenyang, dah naik kerja mesti la kene campur Dr...dan pelbagai lagi masalah dlm BF..yup, BF bukanlah mudah TAPI bila anda dah mula, mmg bersemangat tinggi, anda akan senang di kemudian hari & rasakan betapa bagusnya aku dah beri yang terbaik utk anak :)
TIPS 1: NIAT & DOA
-sebagai seorang Muslim kita percaya setiap rezeki dtg dari Allah, jadi mohonlah pd Dia..berdoalah agar kita berjaya memberikan susu ibu selama yg boleh kepada si anak. Niat di dalam hati kita nak beri yang terbaik pd anak, nak dia sihat & kuat, nak dia membesar dlm suasana yg soleh ;) bila niat kita baik, semuanya akan jadi baik..percayalah pada saya..itu kuasa minda kita !!!
-di samping itu, kalau tgh rasa down, rasa susu x cukup, berdoalah pd Dia...skrg ni semua org ade hp kan. Saya pun sambil BF kan anak, mesti tgk hp hehe.. so blh cari doa, ayat Quran yg memudahkan urusan kita utk BF..sambil BF sambil mulut kita berdoa..iAllah dipermudahkan :)
TIPS 2: CARI ILMU TENTANG BF
-sape kata ilmu menyusu tak penting? sgt2 penting ye sbb tanpa ilmu kita buntu..kita x tahu pun kenapa kita perlu menyusukan anak. Kalau lihat di klinik2 kesihatan kerajaan, topik penyusuan susu ibu ni mmg diberi semasa mengandung. Xkira la mengandung kali keberapa pun..mesti kena belajar.
-antara yang penting+saya akan kupaskan satu persatu nanti adalah
*bagaimana susu terhasil
*kebaikan susu ibu pada bayi
*kebaikan penyusuan pada ibu
*kebaikan penyusuan bagi tumbesaran bayi
*teknik memerah & menyimpan susu ibu
*masalah utama dlm penyusuan
*cara mengatasi masalah dlm penyusuan
hmm..mcm blh buat buku pulak kn..tapi hakikatnya apabila kita ada ilmu, breastfeeding akan lebih mudah & lancar iAllah :)
TIPS 3: MERUJUK PADA PAKAR
-pakar di sini boleh jadi ibu kita, kakak, adik, saudara, kawan2 yang pernah menyusukan anak..x semestinya Dr sahaja..menyusukan anak ni berdasarkan pengalaman. Ia boleh dibaca & dipelajari melalui pembacaan, tetapi dengan ada pengalaman dari orang terdekat, kita blh belajar lebih banyak lagi tentang BF. Tapi pilihlah orang yang positif & berikan input baik ttg BF, dari situ baru kita pun akan dapat banyak faedah.
-bagi yang menjadi ibu buat pertama kali, memang penting ada ibu@ibu mertua untuk membantu..ataupun sesiapa sahaja wanita berpengalaman untuk bantu menjayakan BF. Mereka boleh menenjukkan cara yang betul untuk BF, cara menjaga bayi dsb..so bagi ibu yang sedang berpantang, semua pertolongan di peringkat awal ini akan memudahkan penyusuan sehingga bayi besar. Bukan setakat seminggu je dah berhenti menyusu dengan alasan, baby x puas menyusu laa..huhu..
saya memang suka dengan gambar ni. Kami akan pampangkan di setiap bilik pemeriksaan ibu mengandung supaya kesemua ibu2 sentiasa bersemangat utk BF :)
Ok..sampai jumpa lagi IAllah :)